Wednesday, August 8, 2012

Hakim Tegur Aidil Zafuan Tidak Pentingkan Rumah Tangga

Hakim Tegur Aidil Zafuan Tidak Pentingkan Rumah Tangga

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini mempersoalkan sikap pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sentiasa gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan kes permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya pelakon Rita Rudaini.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, Aidil tidak sepatutnya terlalu mementingkan bola sepak dan memintanya membuat pertimbangan tentang perkara yang lebih penting dalam hidupnya iaitu rumah tangga dan anak-anak.

"Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati.

"Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat seperti mainan. Plaintif (Aidil) perlu buat pengorbanan dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes ini," katanya.

Sebelum itu, peguam plaintif iaitu Noor Hazlina Che Hasan memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah atas alasan sedang menjalani latihan bola sepak di Austria selama dua minggu.

Noor Hazlina secara lisan memaklumkan kepada makhamah Aidil telah berlepas ke negara tersebut pada 4 Ogos lalu dan hanya akan kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti. - mStar Online

***************************************************************************************

komen mak Jemah:-
macam nilah, kalau tak suka...buat cara baik...
mak tak suka kalau buat macam nih... :( kesian si isteri....

No comments: